Ibu dan bapa tiri sama ‘naik’, anak usahawan kosmestik ‘tak suka solat’ dakwa dipukul sejak kecil

Ibu dan bapa tiri sama ‘naik’, anak usahawan kosmestik ‘tak suka solat’ dakwa dipukul sejak kecil

Seorang gadis dipercayai menjadi mangsa pukul ibunya yang juga usahawan kosmetik tampil memberikan penjelasan lanjut mengenai kejadian tersebut di laman Facebook.

Menerusi sebuah posting, Puteri Ekora mendakwa dia dipukul oleh ibu dan bapa tirinya berhubung status yang dimuat naik di aplikasi WhatsApp dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas pada Isnin lalu.

“Sejak dari kecil lagi saya dipukul dengan mama & bapa tiri..” – Puteri Ekora

Sama seperti laporan berita, gadis berusia 16 tahun itu mendakwa telah dikasari oleh kedua-dua suspek ketika suaminya di luar rumah kerana menghantar barang kepada pelanggan.

“Bapa tiri menarik dan lalu menampar saya mengunakan tangan kerana saya lari daripada mama. Mama memukul saya dua kali di kepala menggunakan telefon Iphone dan menyepak saya di bahagian tekak kiri.
“Mama dan bapa tiri marah lagi dan lagi. Lepas itu, mama ambil kayu hoki untuk memukul saya dan saya melarikan diri. Mama menghayunkan kayu hoki dekat saya tetapi saya lari berada di sebalik meja,” tulisnya.

Selain itu, Puteri Ekora turut mendakwa ibu dan bapa tirinya melakukan beberapa ugutan sekali gus berasa dirinya terancam dan teraniaya selain menuntut keadilan.

“Bapa tiri saya ugut suami saya, kalau suami saya bawak saya lari dari rumah, bapa tiri saya akan membuat report kes rogol dan mama saya bagitau kalau suami saya bawak keluar selangkah keluar pagar dari rumahnya dia akan suruh bercerai.
“Mama saya tanya saya “mung nak duduk nge toktuo mung k ? ” Lepastu dia menyuruh bapa tiri saya menggambil hanger untuk memukul saya jika saya mengatakan “YA” untuk tinggal bersama mertua saya,” kongsinya.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan, malam tadi.

Difahamkan, gadis itu memuat naik status mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta sehingga mengundang rasa berang suspek sebelum berlaku kejadian tersebut.

Terdahulu, ibunya pernah menjadi kecaman warganet selepas mengakui tidak suka menunaikan solat menerusi video siaran langsung di laman Facebook.

Sumber: ohmymedia & Puteri Ekora