Ibu bawa dua anak naik motosikal jadi mangsa samun, gelang emas kena ragut

Seorang wanita bergelar ibu bawa dua anak kecilnya dan membonceng motosikal menjadi mangsa samun dalam kejadian di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
Menerusi satu perkongsian di X @update1111, wanita yang sedang membawa dua orang anaknya itu sedang menunggang motosikalnya melalui sebuah jalan.
Pada video itu, kelihatan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh seorang lelaki sedang memecut dari belakang wanita tersebut sebelum meragut gelang tangan emasnya.
Walaupun wanita itu cuba melawan dengan menendang motor lelaki tersebut, namun usahanya itu tidak berjaya kerana penyamun tersebut berjaya melarikan diri.
Dalam pada itu, wanita itu juga cuba mengejar lelaki yang telah meragutnya namun penyamun tersebut telah meninggalkan tempat kejadian dengan pantas.