“Ia selamatkan maruah M40, B40” – PU Rahmat tak setuju uniform sekolah dimansuh

“Ia selamatkan maruah M40, B40” – PU Rahmat tak setuju uniform sekolah dimansuh

Saban hari, ada saja complaint daripada para ibu bapa yang berlegar di pltatform media sosial khususnya tentang sekolah anak-anak.

Tak dinafikan, ada sesetengah isu yang wajar diperhalusi balik oleh pihak berwajib seperti trend beg sekolah yang terlalu berat sekali gus menjejaskan tumbesaran murid.

Namun begitu, ada juga sesetengah rungutan yang pelik, merepek, selain disifatkan cuma untuk kepentingan diri sendiri saja.

Uniform sekolah ni sebenarnya apa kelebihan ya? Anak-anak saya sekolah USA takda pun…lagi mudah rasanya

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini kecoh apabila seorang pengguna Facebook memberi cadangan agar ketetapan pemakaian uniform sekolah agar dimansuhkan.

Memandangkan anak-anaknya bersekolah di Amerika Syarikat, dia mendapati ada banyak manfaat dan kelebihan jika setiap murid dibenarkan ke sekolah pakai baju biasa saja.

Antaranya adalah seperti lebih mejimatkan duit, tidak mudah kotor dan sekali gus dapat mengurangkan kerja harian ibu bapa di rumah.

PU Rahmat Tak Setuju Uniform Sekolah Dimansuh -“Ia Selamatkan Maruah M40 & B40”

Saya tidak bersetuju…uniform sekolah menyelamatkan maruah keluarga M40 & B40

Walau bagaimanapun, pendapat itu kurang dipersetujui oleh ramai pihak termasuklah PU Rahmat. Katanya, pemakaian uniform sekurang-kurangnya dapat ‘menyelamatkan’ maruah anak-anak yang berasal daripada keluarga susah.

Malah jika ketetapan ini dimansuhkan sewaktu zaman bersekolah dulu, PU Rahmat akui keyakinan dirinya mungkin terus lenyap apabila melihat gaya dan fesyen rakan-rakan yang lebih mewah.

PU Rahmat Tak Setuju Uniform Sekolah Dimansuh -“Ia Selamatkan Maruah M40 & B40”

PU Rahmat Tak Setuju Uniform Sekolah Dimansuh -“Ia Selamatkan Maruah M40 & B40”Amboi puji budaya kat Amerika kemain…bila pakai bebas, budak-budak akal panjang senang ponteng nanti

Pandangan PU Rahmat itu turut disambut positif oleh rata-rata netizen. Antara kerisauan mereka apabila pelajar pakaian bebas adalah kurangnya tahap disiplin, selain lebih mudah untuk ponteng sekolah nanti.

Pun begitu para ibu bapa tetap mengharapkan peraturan ketetapan pakaian ini dapat diperhalusi lagi, seperti membenarkan anak-anak lebih kerap memakai T-shirt sukan sekolah.