“Hutang KWSP dari tahun 2022 hingga 2023 masih belum dijelaskan”, Individu dakwa Bubblebee zalimi hak pekerja?

“Hutang KWSP dari tahun 2022 hingga 2023 masih belum dijelaskan”, Individu dakwa Bubblebee zalimi hak pekerja?

 

Tular tuntutan seorang individu sama di TikTok yang pernah mendakwa syarikat Bubble Bee yang diusahakan oleh Shuib telah culas membayar KWSP pekerja.

Dakwa individu itu, jenama pencuci mulut dan minuman berkenaan masih belum melangsaikan hutang KWSP pekerja yang tertunggak sejak 2022.

Dalam video itu, individu terbabit turut memaparkan petikan peringatan jika seorang Muslim tidak melangsaikan hutang mereka.

Screenshot 2024 01 19 113032

“Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ni boleh lah terlepas tapi bukan kat akhirat nanti.

“Bahaya hutang. Perlu diingat bahawa ayat yg paling panjang dalam al-Quran adalah mengenai hutang. al-Baqarah, 282.

“Jangan ambil mudah biarpun sekecil mana pun hutang tersebut boleh menghalang anda untuk masuk syurga.

“Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT,” tulis pengguna Tiktok itu.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa individu yang dipercayai bekas pekerja Bubble Bee mendakwa syarikat itu masih belum melangsaikan KWSP mereka.

Selain itu, bekas pekerja turut berkongsi pengalaman pahit bekerja dengan Bubblebee selain mengutarakan isu kebajikan lain yang turut berlaku.

Screenshot 2024 01 19 113135 Screenshot 2024 01 19 113144 Screenshot 2024 01 19 113201 Screenshot 2024 01 19 113216

Terdahulu, Shuib menyatakan syarikatnya sedang melunaskan caruman KWSP pekerja yang tertunggak secara berperingkat.

Menurut laporan yang diterbitkan pada November tahun lalu, Shuib mendakwa isu terbabit sudah selesai yang mana kira-kira 300 pekerjanya sudah dimaklumkan mengenai pembayaran secara ansuran.