“Humble betul” – Selamba pergi pasar malam, netizen puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza

“Humble betul” – Selamba pergi pasar malam, netizen puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza

 

Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya dikenali dengan personalitinya yang lemah lembut dan sangat merendah diri. Tak hairanlah kan jika penyanyi nombor satu negara ini masih tetap diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, warganet dan peminat Siti Nurhaliza teruja melihat penyanyi yang lebih mesra disapa dengan nama TokTi ini berjalan-jalan di pasar malam Lipis, Pahang.

6 1

Gelagat Siti Nurhaliza dan anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa di pasar malam itu telah sempat dirakam oleh peminat sebelum dimuat naik di TikTok oleh individu yang dikenali sebagai Faizah Faizal.

@faizahfaizal1

♬ Siti nurhaliza jerat percintaan – 𝙅𝙀𝙔𝙉𝙊

Dalam video yang berdurasi selama 27 saat itu, dapat dilihat bahawa TokTi juga membelikan mainan untuk anaknya di pasar malam tersebut.

Menurut pemilik video, Siti Nurhaliza hanya membenarkan anak-anaknya untuk memilih hanya satu mainan sahaja daripada kedai yang menjual alat permainan kanak-kanak itu.

7

Rata-rata warganet juga memuji sifat Siti Nurhaliza yang tidak kekok berjalan-jalan dan membeli barang di pasar malam.