Hubungan dah tak rapat macam dulu, Amelia Henderson & Aedy Ashraf putus cinta?

Hubungan dah tak rapat macam dulu, Amelia Henderson & Aedy Ashraf putus cinta?

 

“Saya dan Aedy kawan..”ujar aktres, Amelia Henderson.

Pelakon kacukan India dan Scotland, Amelia Henderson tampil bersuara dan memaklumkan hubungannya dengan aktor, Aedy Ashraf kini sudah tidak menjalinkan hubungan cinta.

Pemilik nama Amelia Thripura Henderson berkata, hubungannya dengan Aedy Ashraf kini hanya berkawan dan sudah tidak seakrab dulu.

“Saya dan Aedy kawan. Kami tak rapat macam dulu. Kita dah berkawan daripada jauh sebab mungkin timing tak sesuai dan saya rasa tak nak bercerita lanjut,” katanya.

Pun begitu, Amelia tetap  mendoakan yang terbaik buat pelakon berusia 30 tahun itu terutama hal kerjaya.

“Apa pun, kami dah in separate way. Tiada yang saya boleh ulas cuma dia memang aktor yang hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy. Saya tak sabar nak tengok Projek Kahar yang akan keluar nanti,” ujarnya.

Tambah Amelia, hubungannya dengan aktor itu berakhir disebabkan masa yang tidak bersesuaian dan sudah lama berlaku.

Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu memilih untuk berdiam tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan status hubungan.

“Sudah lama benda ni berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami nak hormat antara satu sama lain,” jelasnya.

@imyourdaisyyy

Please sentiasa jadi kawan selamanya. Kawan yang selalu support eo, ada untuk eo okayy 🥺❤️ i sentiasa doakan yang baik2 untuk korang berdua 🫶🏻 #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson

♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

Sebelum ini, Aedy dan Amelia dikatakan rapat ketika sama-sama menjayakan drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.

Malah, sekitar Mac 2022, Aedy Asharaf telah melamar Amelia Henderson dengan melutut di hadapan orang ramai untuk menjadikannya teman wanita.

Namun begitu, hubungan cinta mereka seakan ‘dingin’ selepas Aedy seakan meluahkan rasa patah hati di media sosial dan mereka juga dilihat tidak bertemu hampir setahun.

Namun, mereka kembali bersama pada tahun lalu.