“Terpaling spoon” – Pemandu Honda Civic dikecam buat aksi ‘drift’ tak jadi di roundabout Genting Highland

“Terpaling spoon” – Pemandu Honda Civic dikecam buat aksi ‘drift’ tak jadi di roundabout Genting Highland

 

“Terpaling spoon” – Pemandu Honda Civic dikecam buat aksi ‘drift’ tak jadi di roundabout Genting Highland

Tindakan seorang pemandu kereta jenis Honda Civic yang memandu secara bahaya hampir mengundang kemalangan ngeri di sebuah jalan bulatan di Genting Highland, Pahang baru-baru ini.

Kereta jenis Honda Civic itu melakukan aksi ‘drift’ di kawasan tersebut sebelum gagal mengawal pergerakan kenderaan dengan baik dan nyaris dirempuh oleh pemandu lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sukan Star TV di media sosial, pemandu lain yang nyaris menjadi mangsa kemalangan itu sempat mengelak daripada melanggar kereta Honda Civic terbabit.
Tanpa rasa bersalah, pemandu itu melakukan pusingan U selepas kenderaannya hampir terbabas dan meneruskan pemanduan dengan sangat laju memotong beberapa pengguna jalan raya lain.

Dalam ruangan komen Facebook, rata-rata orang ramai melontarkan kritikan terhadap pemandu terlibat yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.
Ini selepas seorang pemandu Honda City nyaris bertembung dengannya apabila keretanya secara tiba-tiba berhenti di atas jalan raya selepas gagal melakukan aksi ‘drift’.

“Ini contoh jenis kalau hidup menyusahkan orang, kalau dia (pemandu) arwah pun menyusahkan orang juga,” kata Shahrulazman Sulaiman.

“Tak mampu nak beraksi dekat litar takut kalah dengan kereta lagi hebat. Jadi terpaksalah seronok sendiri pamer dekat litar rakyat,” ujar Anwar Jai.

“Nak drift tapi menyusahkan orang, kereta yang mengelak lebih cekap,” jelas Rosli Ibrahim.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta pihak berkuasa segera menahan pemandu terbabit yang melanggar undang-undang jalan raya dan membahayakan keselamatan pengguna lain.

“PDRM, pemandu bawa kereta melulu berlumba dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” kata Salman Khan.

“Hantar ke JPJ video ini, selepas itu JPJ boleh telefon zoo untuk bawa sangkar besar masukkan pemandu yang tak reti hormat jalan awam,” luah Mu Fir.

“Bahaya betul kepada orang awam,” jelas Syah Rul.

Tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung video tular itu setakat ini.