“Harga dia overpriced” – Pempengaruh ‘hitam premium’ dikritik jual kek coklat RM39 sebekas

“Harga dia overpriced” – Pempengaruh ‘hitam premium’ dikritik jual kek coklat RM39 sebekas

 

“Harga dia overpriced” – Pempengaruh ‘hitam premium’ dikritik jual kek coklat RM39 sebekas

Perkongsian terbaharu seorang pempengaruh media sosial telah menyorot perhatian dan meraih kritikan wargamaya.

Menerusi TikTok, pempengaruh tersebut memuat naik video memaparkan perniagaan baharunya iaitu kek coklat yang diberi nama ‘Kek Hitam Premium’.

Dapat dilihat, kek coklat tersebut dijual dengan menggunakan bekas ‘transparent’ dianggarkan bersaiz 1000ml.

Menurut pempengaruh berkenaan, kek coklat yang turut disediakan bersama sos coklat itu sangat lembut dan sedap untuk dimakan lebih-lebih lagi bersama orang yang tersayang.

Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak ialah apabila pempengaruh berkenaan mendedahkan kek tersebut akan dijual dengan harga RM39 bagi satu bekas.

@fendymojo

Memperkenalkan Kek HitamPremium dan ready untuk dimakan. Siapa yang suka kek chocolate, inilah masanya untuk korang rasa kepremiuman sebenar. #hitampremium #fendymojo

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan kek coklat tersebut dijual pada harga yang tidak masuk akal serta mereka melabel ianya sebagai ‘overpriced’.