Hilang penglihatan 5 tahun lalu, Pakcik tetap rajin ke Masjid laung azan mendayu-dayu

Hilang penglihatan 5 tahun lalu, Pakcik tetap rajin ke Masjid laung azan mendayu-dayu

Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang pakcik bernama Pak Mad yang berasal dari Indonesia di serata laman sosial. Pak Mad merupakan seorang bilal di Masjid Baitul Muttaqin, Desa Kalipair, Tegaldlimo, Banyuwangi.

Biarpun usianya sudah banyak serta keupayaan fizikalnya yang terbatas, Pak Mad masih rajin menjalankan tugasnya sebagai seorang bilal.

Kisah Pak Mad diceritakan oleh seorang pengguna Twitter bernama Ayung menerusi ciapannya di laman sosial Twitter.

Hilang penglihatan sejak lima tahun lalu

“Selama 5 tahun lepas, dia kehilangan penglihatan. Tapi, tak pernah tinggal untuk ke masjid. Orang yang muda dan sihat pun malu,” tulis Ayung di ruangan kapsyen.

Difahamkan lagi, lelaki tua ini juga sudah hilang penglihatan sejak lima tahun lalu. Jadi, menerusi video itu, dia dilihat terpaksa memegang dinding masjid setiap kali mengumandangkan azan.

Bagaimanapun, walaupun dia tidak dapat melihat, suaranya ketika melantunkan seruan solat cukup merdu sehingga menembus ke dalam pelusuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Diuji tapi tetap semangat beribadah

Sehingga kini, video Pak Mad menjadi tular di laman sosial sehingga membuatkan ramai netizen kagum.

Merdu suara laungan azan

 

Semoga pakcik sihat selalu

 

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga penyakit Pak Mad akan segera sembuh dan dia boleh menjalankan aktivitinya dengan lebih baik.

Sumber: BD, Indozone, Twitter Ayung