“Hentikan prasangka buruk..” – Intan Najuwa kesal dituduh gemar habiskan duit suami

“Hentikan prasangka buruk..” – Intan Najuwa kesal dituduh gemar habiskan duit suami

 

Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan perasaan kesal berhubung dakwaan gemar menghabiskan duit suami untuk tujuan melancong dan membeli-belah.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram Story (IGs), Intan menjelaskan, dia memiliki pendapatan sendiri dan tidak perlu mengharapkan duit sesiapa untuk menanggung perbelanjaannya.

“Kepada sesiapa yang curiga dan fikir saya menghabiskan duit suami, tolong sematkan dalam ingatan yang saya juga ada pendapatan sendiri.

“Meskipun sudah berkahwin, tapi saya tak perlu duit suami untuk menanggung perbelanjaan saya.

“Ke mana saya pergi, sama ada melancong atau membeli-belah, saya tak pernah guna duit suami.

“Malah, saya tak pernah ambil kisah soal gelaran atau pangkat. Hentikan segala fitnah dan jangan babitkan suami dalam isu duit serta perbelanjaan saya.

“Saya ada kehidupan sendiri sebelum berkahwin dan tahu macam mana nak cari duit sendiri selepas mendirikan rumah tangga.

“Jadi, tolonglah faham yang saya juga mampu berdikari,” katanya memetik Berita Harian.

Sehubungan itu, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, itu berharap semua pihak dapat menghentikan segala prasangka buruk yang mengaitkan namanya dan suami dalam isu berbelanja mewah itu.

“Tolong hentikan segala andaian saya kerap menggunakan duit suami untuk berbelanja sakan. Dia memang tiada kaitan langsung dalam hal ini.

“Saya harap dengan pencerahan ini semua pihak akan lebih jelas dan tak timbul lagi isu salah faham pada kemudian hari.

“Saya sudah penat sebenarnya dengan isu ini dan harap media boleh ambil kenyataan saya untuk menjelaskan kepada netizen,” ungkapnya.

 Intan Najuwa nafi suka habiskan duit suami

Luahan aktres bertubuh genit itu timbul selepas netizen menuduhnya menggunakan duit suami untuk berbelanja sakan susulan berita bakal terbang ke kota London, England dan Sepanyol untuk membeli barangan keperluan anak pertamanya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa sedang hamil anak pertama.

Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, 40, mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah di Kota Tinggi, Johor.