Henti sebar berita palsu kematian Salahuddin – Setiausaha Akhbar

Henti sebar berita palsu kematian Salahuddin – Setiausaha Akhbar

 

Shakirin Husnal, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan laporan yang mendakwa Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia.

Shakirin dalam kenyataannya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar berita palsu mengenai status kesihatan beliau.

“Keadaan terkini beliau dilaporkan masih bernafas dan jantungnya masih berfungsi. Beliau masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.

Tambahnya lagi, sebarang perkembangan terkini hanya akan dikeluarkan oleh pihaknya sahaja.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dimasukkan ke hospital lewat malam kelmarin selepas mengadu tidak sihat serta muntah-muntah.

Doktor pakar mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian otaknya dan beliau menjalani pembedahan segera awal pagi semalam.