“Ini hasil tabungan, jual rumah” – Black bina villa di Langkawi guna wang simpanan, tak berhutang dengan bank

“Ini hasil tabungan, jual rumah” – Black bina villa di Langkawi guna wang simpanan, tak berhutang dengan bank

 

“Ini hasil tabungan, jual rumah” – Black bina villa di Langkawi guna wang simpanan, tak berhutang dengan bank

Penyanyi Black Hanifah, 37, tidak mengendahkan cakap-cakap yang merendahkan usahanya membina empayar perniagaan di Langkawi, Kedah.

Black yang menguruskan villa berkata, dia tidak mahu mengambil peduli dan menyerahkan kepada Allah untuk membalas perbuatan itu.

“Saya tak nak cakap apa-apa. Kalau mereka mendoakan saya yang tak baik satu tudingan, empat lagi menghala kepada mereka sendiri.

“Dan saya yakin kalau ada usaha, kalau rajin menabung, menyimpan, itulah kunci untuk berjaya.

“Saya buat villa saya tanpa hutang, semua cash (tunai). Saya tiada hutang dengan mana-mana bank,” katanya ditemui pada majlis Iftar bersama Nova Music, 17Eleven dan Future Music Entertainment di GlamHall.

Black atau pemilik nama Hanifah Muhammad Hanafiah kini tampil dengan single berjudul Hijab Rindu berkata, pendekatan ini diambil kerana tidak mahu orang bercakap buruk berkenaan dirinya.

“Saya risau… ada harta tapi pinjam bank (untuk bina villa), malah kereta pun pinjam bank. Tidak… tidak bisnes ini adalah hasil tabungan, simpanan dan saya jual rumah dan saya mampu.

“Insya-Allah, saya ada perancangan, ada satu lagi tempat yang akan diambil dekat atas bukit. Dia mengadap laut nampak pulau-pulau kecil.

“Tempat itu boleh… insya Allah,” katanya.

Ditanya berkenaan sambutan Hari Raya, Black berkata, dia akan pulang ke Langkawi seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri.

“Kami akan sambut raya di Langkawi. Satu, sebab kerja. Sebab bisnes di sana penuh orang ‘booking’ untuk raya.

“Rasa macam ramai keluarga di sana. Seronok orang ramai,” katanya.

Sempena Aidilfitri, Black tampil dengan lagu Hari Raya terbaru berjudul Syawal Rindu bergandingan dengan Adira terbitan Nova Music.

“Sudah hampir 10 tahun saya tiada lagu raya solo. Tahun ini, saya dipanggil oleh Nova Music. Mereka hasilkan lagu single Hijab Rindu dan lagu raya secara berduet.

“Cuma, awalnya saya tak tahu duet dengan siapa. Saya beritahu nak dengan Amir Masdi kerana kami satu label. Tiba-tiba diberitahu dengan Adira.

“Memandangkan kenal Adira sejak 2009m tapi tak pernah satu pentas atau show bersama, saya cakap okay. Kemudiannya, kami terus pilih lagu. Semua pihak okey, tapi kami rakam berasingan,” katanya.