“Hari tu aku berat hati nk pergi outstation, nnt rindu kt bini, 20minit dh keluar aku perasan beg kerja tak bawa, aku pun patah blk rumah, aku buka pintu nampak bini aku dgn jantan lain atas katil”

“Hari tu aku berat hati nk pergi outstation, nnt rindu kt bini, 20minit dh keluar aku perasan beg kerja tak bawa, aku pun patah blk rumah, aku buka pintu nampak bini aku dgn jantan lain atas katil”

 

Walaupun dikurniakan pasangan hidup yang baik, ia bukanlah jaminan seseorang itu akan terus setia dalam perkahwinan.

Bukan sahaja suami, malahan golongan isteri juga boleh terjerumus dengan aktiviti ‘makan luar’ apabila mulai bosan dengan rumah tangga sendiri.

Pagi tu dengan ngantuk-ngantuk, isteri aku siapkan aku…7 hari outstation, punyalah berat hati

Menerusi Facebook individu bernama Tuan Amir Danau, dia sempat mendedahkan dugaan berat yang dialami oleh seorang sahabatnya dikhianati oleh isteri sendiri.

Walhal selama bergelar suami, dia sentiasa berusaha keras memberikan kesenangan pada wanita itu.

Dipendekkan cerita, satu hari lelaki berkenaan perlu pergi ke Langkawi atas urusan kerja selama 7 hari sekaligus akan meninggalkan isterinya sendirian di rumah.

Kes bini makan luar ni kalau dengar, dia automatik terbayang betapa remuknya hati kan. Hari tu ada bersembang dengan sorang kawan. Lama tak jumpa, hari tu saja lah aku ajak mengeteh. Kawan ni kahwin muda, belum ada anak. Selalu lah kalau jumpa, dia bawak bini dia.

Tapi kali ni dia datang lepak, bawak diri je. Tak bawak bini. Sepanjang lepak tu nampak dia tak macam biasa yang aku lepak. Kejap termenung, kejap ketawa macam dibuat-buat. Aku pun layan je lah. Agaknya rasa janggal kot lama tak melepak kan.

Dah bosan duduk dalam situasi janggal ni, aku pun start tanya.

“Eh bro, mana bini kau? Tak bawak bini dah? Lain macam. Dah lagi power dari aku ni. Aku sampai sekarang tak lepas-lepas lagi. Bini 24jam nak ikut. Kadang-kadang menyirap jugak tapi tak boleh nak buat apa kan? Redha je lah. Haha!”

Lepas aku cakap ni, member ni termenung panjang. Mungkin dia dah lupa kot yang kalau orang tanya soalan sepatutnya dia kena bagi jawapan. Bukan diam. Ada lah dalam seminit termenung, kejap tu member ni menangis.

Ahh sudah. Panik kejap aku. Baru soalan pertama takkan dah kena rasuk? Aku sebenarnya dah start fikir yang bukan-bukan. Dalam kepala otak aku terfikir yang bini dia mati kot? Atau sakit teruk?

“Okey ke bro? Kenapa ni? Ada berita tak baik ke?”

Member ni masih menangis. Sambil lap air mata tu dia jawab.

“Aku dah bercerai, mir. Dah dua minggu. Betul-betul ujian besar untuk aku. Aku tak sangka.”

Keadaan jadi sunyi sepi sekejap. Aku terkejut lah jugak. Yelah, selama ni aku tengok diorang happy. Tau-tau je dapat berita macam ni. Gila lah. Serba salah aku nak tanya lebih-lebih masa ni. Tapi aku betul-betul nak tau kenapa boleh bercerai? Kan bahagia?

“Kenapa bercerai, bro? Terkejut aku dengar.”

“Hm. Aku sayang sangat dengan isteri aku. Apa yang dia nak semua aku bagi, mir. Aku kerja keras sebab nak bagi dia rasa macam isteri orang lain rasa. Ni pun aku tengah struggle sikit kumpul duit nak bawa dia pergi umrah sekali. Tapi itu lah. Allah nak tunjukkan?”

Kali ni jantung aku dah debar-debar ni. Lain macam.

“Apa maksud kau?”

“Hari tu aku ada kena pergi outstation. Sepatutnya kena ke Langkawi urusan kerja. 7 hari aku kena pergi. Punyalah aku berat hati nak pergi sebab kali ni kena pergi sampai 7 hari. Rindu tak tertanggung dekat bini nanti. Pagi tu bini aku siap-siapkan aku, dengan ngantuk-ngantuk tu dia siapkan barang-barang aku untuk aku ke outstation. Dah siap tu, aku peluk bini aku ni erat-erat. Aku pesan, jaga diri. Kalau rindu jangan lupa call. Jaga diri baik-baik. Macam biasalah nak jalan jauh kan. Nak tinggalkan bini. Sayu je muka isteri aku masa tu. Lepas salam-salam, aku pun keluar rumah.”

Member ni berhenti kejap sambung lap air mata. Sayang betul dia dekat bini dia tu. Kejap tu dia sambung.

Sampai rumah, aku tengok isteri takde di ruang tamu…Aku masuk bilik nak ambil beg….

Dengan penuh berat hati, mereka pun bersalaman sebelum lelaki itu memulakan perjalanan. Namun setelah 20 minit memandu, lelaki ini baru tersedar beg kerjanya tertinggal di rumah.

Enggan ganggu isterinya yang disangka sedang sambung tidur, dia membuat keputusan berpatah balik ke rumah bagi mengambil sendiri barang tersebut.

Aku buka pintu nampak bini tengah bermesra dengan jantan lain atas katil

Siapa menduga, asbab beg tertinggal akhirnya membongkarkan sebuah rahsia besar.

Si isteri yang tadinya nampak sayu untuk berjauhan dengan suami didapati sedang bermesraan dengan seorang lelaki dalam bilik tidur mereka.

Walaupun jiwanya sedang panas, si suami tidak melenting, terus mengambil apa yang perlu dan masuk semula ke kereta.

Setelah menyambung perjalanan, barulah dia melafazkan talak yang dihantar menerusi sebuah mesej.

Menerima ujian itu dengan hati terbuka, dia merelakan wanita itu pergi mencari kebahagiaannya sendiri.

“Aku keluar naik kereta, menghala dah ke Kedah. Ada nak 20minit aku dah keluar. Tapi tau tak apa jadi? Tiba-tiba aku baru perasan, beg kerja aku tak bawak. Segala dokumen mak nenek dalam tu. Ahh sudah. Malas nak call bini aku masa tu sebab pagi-pagi ni mesti dia sambung tidur. Aku pun patah balik ke rumah. Sampai je rumah, aku masuk macam biasa. Tengok bini aku takda pun dekat ruang tamu, aku memang syak dia lena balik sebab tengok pintu bilik terbuka. Aku pun masuk bilik nak ambik beg..”

Kali ni member ni berhenti kejap cerita. Dia seteguk dua air teh o ais, sambil sapu lagi air mata yang makin banyak menitik. Aku ni dah lah tak sabar-sabar nak tau apa cerita dia.

“Aku bukak pintu, nampak bini aku ada dengan jantan lain atas katil bro. Tengah sedap bermesra. Berpeluk-peluk bagai. Macam nak pecah jantung aku masa tu. Aku bagi salam, aku capai beg lepas tu aku bagi sepatah dua kata. Aku cakap ke dia, aku tak akan ceraikan dia dekat dalam rumah yang penuh cerita bahagia sepanjang aku hidup dengan dia ni. Aku capai beg aku, aku terus keluar pergi kerja. Sepanjang dalam kereta tu, aku menangis macam orang gila, mir. Hancur luluhnya hati ni. Aku hantar mesej ke dia yang aku ceraikan dia talak satu. Aku harap dia bahagia dengan lelaki tu. Lelaki yang berjaya buat isteri aku berani tipu aku sampai boleh buat maksiat atas katil aku. Tak guna betul diri ni aku rasa masa tu mir. Tapi aku selalu percaya, semua ni memang ujian untuk aku. Aku redha. Sekurang-kurangnya aku ambik tindakan paling jantan sekali. Aku tak mengamuk, aku tak hina pun dia, aku lepaskan dia dengan cukup terhormat. Pergilah dia bina bahagia dengan jantan tu. Mungkin aku ni belum buat dia rasa cukup dan bahagia. Kalau sakit ni, kalau hancur hati ni boleh buat dia jumpa bahagia dia, aku redha.”

Teruk menangis member ni. Korang bayangkan, besar impian dan kesungguhan dia nak bahagiakan isteri tersayang, tapi penyudahnya bini tengah bermaksiat atas katil dia. Entah dah berapa kali.

Perit.

Sahabat-sahabat, jangan sebab nak kejar sedap yang sekejap sampai kita pilih untuk buat benda-benda bangang yang sangat menghancurkan hati pasangan kita. Kalau rasa dah tak suka, tinggalkan lah. Jangan buat benda hina yang macam ni. Esok-esok kita mesti menyesal, sebab sedap yang sekejap, kita dah khianat orang yang paling kasihkan kita.

Ada tu bermaksiat sampai beranak anak jantan lain tapi suami ingat tu anak sendiri. Allah, peritnya nak berdepan pengkhianatan.

P/s : Hari ni cabarannya lagi dasyat. Kita suami isteri terdedah dengan media sosial yang tanpa batas. Isteri merajuk, meluah di media sosial, datanglah si penyangap-penyangap yang cuba nak menenangkan, nak cuba-cuba pasang joran, mana tahu boleh dapat sedap. Benda ni berlaku kita tak perasan pun. Lagi-lagi bila pasangan kau yang handphone dia ada password. Lagi lah tak tau apa yang tengah berlaku ye tak? Semoga Allah SWT selamatkan rumahtangga kita semua dengan ujian yang sangat menghancur luluhkan hati. Suami, isteri, jauhi zina!