“Hari ni hari kedua masuk temlen aku” – Buat aksi ‘cringe’ suruh netizen tidur awal, ramai meluat tengok video remaja ini

Gara-gara asyik melayari media sosial atau permainan video, tidak dinafikan ramai terutama golongan remaja yang berjaga malam sehingga dimarahi ahli keluarga dan kenalan mereka.
Mungkin sedar akan keburukan menjadi ‘burung hantu’, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Hafiy menghasilkan video meminta warganet supaya berhenti bermain telefon bimbit dan terus masuk tidur.
Bagaimanapun, aksi remaja berusia 17 tahun tersebut mengundang rasa geli dan meluat selepas video yang dimuat naik di platform TikTok itu tular di laman Twitter.
hari ni hari kedua pukimak ni masuk temlen aku, boleh sorang bagitahu aku tak siapa yg tak tidur lagi tu? cilaka pergi tidur lah sial aku taknak tengok vid mcm ni lagi esok https://t.co/17PtVKexTD
— 𝙉𝙞𝙘𝙠𝙚𝙡𝙤𝙙𝙚𝙖𝙣🇲🇾🇵🇸 (@Izdnrdn) June 22, 2021
Video berdurasi 24 saat itu memaparkan Hafiy bertanya dua sebab mengapa penonton masih berjaga, selain melakukan aksi mimik muka dan suara manja seolah-olah memujuk orang ramai untuk tidur.
“Kenapa belum tidur? Kamu sudah ditangkap. Bagitahu dua sebab kenapa. Kalau tak, saya dengan Mickey dan Minnie tembak awak. Cepat! Kenapa?,” soal remaja berkenaan.
Tidur… tidur sekarang!
Weh sumpah kalau aku tangkap anak aku buat video macam ni aku hantar gi sekolah pondok kat kelantan https://t.co/USUpJKKaHU
— 美丽 (@marijuanx) June 22, 2021
Rata-rata netizen tidak boleh menerima dan memahami aksi ‘cringe’ remaja tersebut dengan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Salah siapa ni?
Mental illness. @MuhyiddinYassin this is your fault https://t.co/ghwqhObklp
— dat boi (@yuzafz) June 22, 2021
Aku tak nak menderita sorang2!
m not gonna suffer alone https://t.co/EKPUO2FoeT
— baya (@minsboba) June 22, 2021
Sabar… ambil dari sudut positif. Mana tahu ramai yang lembut hati untuk tidur awal selepas menonton video Hafiey. Mesti hari seseorang tu terus jadi produktif!
Sumber: ohmymedia, Twitter @ritznotrith & @obywyd