Hari bahagia bertukar duka, gadis ajal dalam tidur sempat ‘iron’ baju tunang

Hari bahagia bertukar duka, gadis ajal dalam tidur sempat ‘iron’ baju tunang

Kisah arwah yang berusia 23 tahun itu dikongsi seorang sahabatnya, Anis Nafisa di laman Instagram dengan memuat naik beberapa video sepanjang proses pengebumian Allahyarham.

Allah sebaik2 perancang

“28 Februari merupakan hari paling kau tunggu iaitu hari pertunangan kau. Antara pasangan dan panggilan, dia pergi kepada panggilan dulu,” luah Anis.

Difahamkan, arwah Izyan meninggal dunia dalam tidur seperti didedahkan oleh sahabatnya menerusi komen sebuah posting di aplikasi TikTok.

Boleh tahu sakit apa?

Menerusi sebuah video lain, Anis turut berkongsi beberapa paparan skrin luahan hati kekasih arwah yang sebak mengenangkan pemergian gadis tersebut selain turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

10 tahun kenal, tak pernah jumpa

“Hari ini kita bertunang, tapi hari ini awak yang pergi menghadap ilahi. Patutnya waktu ni saya dah datang bawa cincin awak. Tapi saya datang tengok jenazah awak je,” luah lelaki tersebut.

Saya hantar awak ke rumah baru

Lebih menyedihkan apabila melihat busana pertunangan berwarna putih milik Allahyarham yang sudah siap digantung untuk dipakai pada majlis tersebut, tetapi tidak kesampaian.

Dah siap ‘iron’ & gantung, tapi Allah tentukan segalanya

Luahan adik arwah

Benarlah manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah! OMM, IGAnis Nafisa , TikTok Anis Nafisa , IG @anasyey.