Harga RON95, RON97 naik 5 sen

Harga RON95, RON97 naik 5 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 sen berkuat kuasa 27 Februari hingga 3 Mac ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM2.00 seliter dinaikkan kepada RM2.05 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 dinaikkan kepada RM2.35 seliter yang mana sebelum ini RM2.30 seliter.

Kementerian itu juga mengumumkan harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan.

Katanya lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – AA