Haqiem Stopa koyak diperli netizen ketika live, “Ada lesen tapi tak ada Audi? Lemah!”

Haqiem Stopa koyak diperli netizen ketika live, “Ada lesen tapi tak ada Audi? Lemah!”

 

Nama ‘ikon permotoran’ Haqiem Stopa rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, pemuda berusia 22 tahun itu hangat menjadi bualan ramai baru-baru ini apabila dia dikenakan saman oleh pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen kenderaan.

Susulan itu, ikon permotoran tersebut telah mendapat pelbagai sindiran dari netizen berkaitan isu lesen kenderaannya ketika membuat live di aplikasi TikToknya, semalam.

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @ceoawan di laman TikTok,  memaparkan Haqiem sedang membuat satu sesi live bersama pengikutnya di aplikasi tersebut.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 400,000 tontonan dan mendapat lebih 20,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuat naik di aplikasi tersebut.

@ceoawan

ingat anak muda .. AUDI tidak bawak mati pun🥶🥶 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypfyp #bismilahfyp #kecam #iconpemotoran #stopa #haqiemstopa #audi #viralvideo #viraltiktok

♬ original sound – Atif – Atif

Haqiem stopa koyak kena perli netizen

Apa yang menarik perhatian, riak wajah ikon permotoran itu berubah secara tiba-tiba setelah membaca komen yang majoritinya memerli dia yang tidak mempunyai lesen memandu.

Malah, Haqiem kelihatan ‘koyak’ apabila komen berkenaan lesen memenuhi ruang komennya dan akibat tidak tahan menerima sindirian hebat daripada netizen, dia bertindak mengajukan soalan kepada warganet jika mempunyai kereta mewah Audi atau tidak yang sama sepertinya.

Tak ada audi takpe, asalkan ada lesen

Bukan itu sahaja, netizen turut terhibur dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Haqiem dan menyelar kenyataan yang dikeluarkan olehnya.