“Happy ending” – Lelaki singlet putih & tauke kedai runcit akhirnya berdamai
Satu gambar tular memaparkan dua orang lelaki yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah kedai runcit di Pulau Pinang baru-baru ini sekali lagi mengundang perhatian.
Menerusi gambar tersebut, kelihatan dua lelaki berkenaan sudah berjabat tangan sambil tersenyum di depan dua orang pegawai polis.
Susulan tular gambar berkenaan, netizen berasa lega melihat ‘suasana pendamaian’ mereka.
Tidak kurang juga yang menyatakan pergaduhan sesama lelaki tidak serumit pergaduhan wanita. Malah, dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Dalam pada itu, ramai yang memuji pihak polis dalam usaha mendamaikan dua lelaki berkenaan.
Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan insiden pergaduhan dua lelaki di sebuah kedai runcit di Pulau Pinang. Lelaki yang memakai singlet putih tewas di tangan pemilik kedai.
Lelaki bersinglet putih dalam masa sama turut membuat kenyataan balas mengenai insiden yang berlaku.