Hanya mampu ‘edit’ gambar graduasi anak, ibu Zayn Rayyan luah rasa sedih

Hanya mampu ‘edit’ gambar graduasi anak, ibu Zayn Rayyan luah rasa sedih

 

Hampir dua bulan berlalu, namun kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan masih belum mempunyai sebarang perkembangan terbaharu.

Meskipun pada 29 Januari lalu, pihak polis ada melaporkan bahawa mereka telah merekodkan lebih 200 keterangan daripada pelbagai individu yang membabitkan siasatan kes berkenaan, sehingga kini tiada penangkapan dilakukan.

Bila bercakap mengenai Zayn, kita pasti akan teringatkan ibunya, Ismanira Abdul Manaf yang melalui detik-detik sukar dalam hidup apabila kehilangan anak yang disayangi.

Terbaru, hari ini, Ismanira ada memuat naik posting memaparkan gambarnya yang telah diedit bersama Zayn yang memakai jubah graduasi bagi murid prasekolah.

Difahamkan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai (2) telah menjemput keluarga Zayn Rayyan untuk menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Tamat Sekolah bagi pelajar Tahun 6, prasekolah dan PPKI.

zayn rayyan

Menerusi posting itu, Ismanira meluahkan rasa sedihnya tidak dapat bergambar dengan anak seperti ibu bapa lain.

Walau bagaimanapun, dia sangat berbangga dengan pencapaian anaknya sepanjang sesi persekolahan.

Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa lain, mommy dapat edit macam ni je,” tulisnya.

Selain itu, Zayn juga dilihat mendapat piala bagi pencapaian ‘Peningkatan Terbaik Dalam Kelas Prasekolah Sesi 2023/2024’. Allahu sedihnya… 

graduasi zayn rayyan

Rata-rata netizen meninggalkan komen sedih dan berharap Ismanira terus tabah dengan dugaan yang menimpa.

Komen Zayn

Kita sama-samalah doakan semoga kes adik Zayn ini cepat selesai. Kesian sangat dengan keluarganya.