“Hanya Allah boleh uji kita” – Diminta jawab soalan peperiksaan, jawapan pelajar ini buat ramai bengang

“Hanya Allah boleh uji kita” – Diminta jawab soalan peperiksaan, jawapan pelajar ini buat ramai bengang

 

Sebelum ini, pernah kecoh beberapa isu mengenai pelajar sekolah yang dikatakan ‘main-main’ ketika menjawab soalan peperiksaan, ramai netizen bengang sehingga ada yang meminta supaya peperiksaan UPSR dan PT3 diadakan semula.

Namun, kecoh lagi di media sosial baru-baru ini apabila ada pelajar yang tidak menjawab soalan yang diberikan malah mengkritik pula soalan peperiksaan tersebut.

Hantaran yang dimuat naik oleh @brgsjks itu telah mengundang amarah netizen.

Exam 6

Difahamkan, peperiksaan itu adalah subjek Asas Sains Komputer dan pelajar diminta untuk menjawab soalan mengenai ‘kunci asing’ serta perlu berikan justifikasi.

Pelajar tersebut tidak menulis jawapan di ruangan yang disediakan malah dia menulis beberapa ayat yang mungkin dianggap kelakar baginya.

Enam ayat kritikan ditulis oleh pelajar itu dan ada ayat viral yang diambil daripada TikTok.

  1. Only Allah can test us
  2. Sesusah-susah tupai melompat, susah lagi ASK (Asas Sains Komputer).
  3. Baca bab lain, masuk bab lain, ape ni
  4. Mak nak ikut, TAK PAYAH!
  5. Dah nak habis masa dah, jawapannya pergi mana? Pergi bercuti.
  6. Aku pasrahkan diri aku saat ini, kepada penguasa langit dan bumi, kerana aku ikhlas ya Allah.

Exam 7

Di ruangan balas, ramai netizen kecewa dengan tindakan pelajar tersebut. Bagi mereka, jika pelajar berkenaan tidak dapat menjawab soalan, dia tidak perlu untuk mengkritik soalan peperiksaan tersebut.

Exam 1 Exam 2   Exam 5