Hannah Delisha kantoi, didakwa nikah tahun lalu???

Hannah Delisha kantoi, didakwa nikah tahun lalu???

Media sosial semalam kecoh mengenai dakwaan mengatakan perkahwinan Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak direstui oleh ibu aktres tersebut iaitu Noor Ashikin Ahmad.

Terbaru, timbul pula dakwaan mengatakan pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu telah mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu menerusi pendedahan di Cari Forum.

Dah kahwin setahun lepas?

Menurut seorang pengguna, dia mendakwa Noor Ashikin atau mesra disapa Kakcik Wujud telah lama memberi ‘hint’ mengenai anak perempuannya menerusi sebuah posting di Instagram pada 22 Februari 2020.

Posting bertarikh 22 Februari tahun lalu

 

Menerusi posting tersebut, Noor Ashikin tumpang gembira melihat majlis perkahwinan dua pelakon wanita iaitu Zahirah MacWilson dan Emma Maembong yang bahagia dengan pilihan hati masing-masing.

Noor Ashikin turut membuat coretan mengenai ciri-ciri serta akhlak pasangan yang baik, dimana bukan seseorang bersifat biadab untuk dijadikan sebagai teman hidup.

“Baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak. Bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan..
sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua,” tulisnya.

Lebih menguatkan dakwaan apabila seorang pengguna berkongsi sebuah posting milik pelakon, Eleena Sui bertarikh 19 Februari 2020 yang duduk seorang diri berposing di atas pelamin.

Selepas membuat perbandingan, reka bentuk pelamin tersebut kelihatan seolah-olah sama dengan pelamin majlis pernikahan Hannah pada ’19 Februari 2021′.

Terdahulu, Noor Ashikin berkongsi kata-kata puitis di Instagram termasuk meletakkan tanda pagar #IbuTidakRestu sehingga mencetuskan spekulasi dan dakwaan dalam kalangan netizen.

Sumber: OMM, Cari Forum