Hampir 30 tahun hilang, lelaki ditemui masih hidup 200 meter dari rumah

Hampir 30 tahun hilang, lelaki ditemui masih hidup 200 meter dari rumah

 

Dilaporkan hilang sekitar tahun 1994 pada usia 17 tahun, seorang lelaki Algeria mengejutkan ramai pada hari ini setelah ditemui semula dalam keadaan masih hidup.

Video ketika Omar Bin Omran dijumpai dalam kandang kambing biri-biri di rumah jirannya sendiri kian tular di media sosial sejak beberapa jam yang lalu.

Lebih menghairankan lagi, rumah jiran tersebut hanyalah berjarak kira-kira 200m dari rumah asal keluarga Omar. 30 tahun yang lalu, dia yang dalam perjalanan ke sekolah tiba-tiba ‘lesap’ dan tidak dapat dijejaki.

Saat itu, ibu bapanya beranggapan kemungkinan Omar ‘tewas’ rentetan krisis peperangan yang pernah menimpa negara tersebut pada zaman itu.

Setelah serbuan dilakukan, polis turut bertindak menahan jiran tersebut atas dakwaan penculikan.

Suspek berusia 61 tahun merupakan seorang penjawat awam yang kebetulan sedang berdepan konflik harta pusaka dengan abangnya.

Bermula dari situ, si abang telah mendedahkan tentang ‘rahsia besar’ terbabit di media sosial.

Terkejut dengan pembongkaran ini, keluarga Omar segera menuju ke sana dan benar-benar menemukan Omar yang disembunyikan dalam kandang dipenuhi jerami.

Meskipun lokasi penculikan itu sangat dekat dengan rumah keluarga, Omar dipercayai tidak mampu menjerit atau meminta tolong kerana berada di bawah kawalan jampi serapah jirannya.

30 tahun hilang tanpa jejak, ibu kepada Omar sudah pun pergi buat selamanya. Siapa sangka, anak yang dirindui selama ini rupanya masih ada berdekatan rumah mereka. Video saat Omar dijumpai :