Hampir 20 tahun hidup selesa ditanggung, suami taknak lepaskan sebab isteri kerja gomen

Hampir 20 tahun hidup selesa ditanggung, suami taknak lepaskan sebab isteri kerja gomen

 

Bukan sekali dua kita mendengar kisah wanita yang bekerja di sektor awam dipergunakan oleh suami sendiri termasuklah dijadikan sebagai ‘alat’ membuat pinjaman jangka panjang.

Terkadang, peribadi mereka ini sangat baik ketika zaman bercinta.

Namun wajah sebenar hanya terbongkar apabila sudah mendirikan rumah tangga bersama.

Perkongsian Nor Asyiqin di FB dikongsikan lebih 400 kali

Tidak kiralah suami kerja apa sekalipun, sebenarnya ia tidak menjadi masalah asalkan lelaki itu tidak culas menjalankan tanggungjawab.

Namun daripada kisah dikongsikan oleh Peguam Syarie Nor Asyiqin ini, mungkin ada pengajaran yang boleh diambil sekali gus menjadi peringatan buat wanita di luar sana.

Puan nak tahu kenapa suami taknak lepaskan? Sebab Puan kerja kerajaan

Mengimbau satu isu yang pernah dikendalikan dahulu, seorang suami dikatakan ‘liat’ hadir ke prosiding lafaz cerai meskipun mahkamah sudah mengeluarkan perintah.

Rupanya sepanjang 20 tahun berkahwin, dia terlampau selesa hidupnya ditanggung oleh si isteri yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Sudahlah tidak bekerja, malah rutin hariannya hanya goyang kaki selain mempunyai tabiat menghisap barang terlarang.

Isteri tawar hati dengan kelakuan suami

Daripada perbelanjaan sekolah anak sampailah ke barang dapur, semuanya hanya diuruskan oleh si isteri seorang diri.

Lama kelamaan, wanita itu yang sudah terlalu lama bersabar juga merasa tawar hati.

Suami hilang kuasa talak…Kuasa beralih kepada hakam

Oleh kerana lelaki itu berdegil dan enggan berikan kerjasama yang baik, prosiding itu kemudiannya beralih kepada jalan terakhir iaitu pelantikan hakam.

Saat itu, kuasa melafazkan talak tidak lagi terletak di tangan suami.