Search

Berita Perak

Berita Perak

Hampir 14 tahun bersendirian, Raja Azura kembali bergelar isteri?

May 11, 2024 2:25 pm
Hampir 14 tahun bersendirian, Raja Azura kembali bergelar isteri?

 

Hampir 14 tahun hidup bersendirian, pelakon dan pengacara Raja Azura didakwa kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung, pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Raja Azura menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram. Menerusi video tersebut, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.

Bagaimanapun, identiti jejaka yang berjaya menawan hati dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan peminat yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu.

Namun tidak kurang juga ada di antara mereka akui terkejut dan tertanya-tanya adakah benar Kak Engku sudah mendirikan rumah tangga atau ianya hanya sekadar lakonan.

Terdahulu, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.



Popular

Gara-gara ceraikan isteri depan skandal lepas kantoi curang, nama ‘Hanafi’ jadi perbualan ramai

Gara-gara ceraikan isteri depan skandal lepas kantoi curang, nama ‘Hanafi’ jadi perbualan ramai

Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh?

Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh?

Tular video lelaki dihalau keluar naiki lif dengan Zahid Hamidi, ini jawapan Nurulhidayah!

Tular video lelaki dihalau keluar naiki lif dengan Zahid Hamidi, ini jawapan Nurulhidayah!

Foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut?

Foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut?

Netizen ‘kembang tekak’ lihat penyediaan makanan restoran ternama, makanan terbiar atas dapur

Netizen ‘kembang tekak’ lihat penyediaan makanan restoran ternama, makanan terbiar atas dapur

Terkini

‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

Ferrari kalah saman terhadap syarikat minuman tenaga tempatan

Ferrari kalah saman terhadap syarikat minuman tenaga tempatan

“Diharamkan ada zuriat” – Suami cerai isteri lepas 7 bulan kahwin, beri alasan rindu zaman bujang

“Diharamkan ada zuriat” – Suami cerai isteri lepas 7 bulan kahwin, beri alasan rindu zaman bujang

“Ambil tanah kubur untuk buat azimat, mohon ampun kepada Allah” – Bapa Nurly

“Ambil tanah kubur untuk buat azimat, mohon ampun kepada Allah” – Bapa Nurly

Peluasan SST tak beri kesan signifikan pada ibu bapa hantar anak ke taska, prasekolah swasta

Peluasan SST tak beri kesan signifikan pada ibu bapa hantar anak ke taska, prasekolah swasta


© 2020 beritaperak.com. All rights reserved.