“Hampa nak masuk syurga tak?” – ‘Paksa’ pengunjung bazar Ramadan beri derma, gelagat Lan Pet Pet buat ramai terhibur

“Hampa nak masuk syurga tak?” – ‘Paksa’ pengunjung bazar Ramadan beri derma, gelagat Lan Pet Pet buat ramai terhibur

 

Siapa yang tak kenal dengan pelawak Lan Pet Pet kan? Baru-baru ini, gelagat lucu Lan Pet Pet ketika di bazar ramadan telah menjadi perhatian warganet.

Ini kerana dalam sebuah video TikTok yang tular, Lan Pet Pet telah ‘memaksa’ pengunjung bazar ramadan itu untuk menderma.

Gelagatnya itu telah sempat dirakam oleh seorang individu sebelum video tersebut dikongsikan di akaun TikTok syzwnn49__.

9 2

Dalam video yang berdurasi selama 24 saat itu, dapat dilihat Lan Pet Pet sedang membantu seorang remaja lelaki berjubah putih yang sedang memohon sumbangan di bazar tersebut.

@syzwnn49__

“ hampa nk masuk syurga dk? “ dia kata 😂😂@Lan Pet Pet #funny #foryoupage

♬ original sound – 𝓼𝔂𝓪𝔃𝔀𝓪𝓷𝓷𝓷𝓷 – 𝓼𝔂𝓪𝔃𝔀𝓪𝓷𝓷𝓷𝓷

Dalam video tersebut juga, dapat dilihat Lan Pet Pet mendekati beberapa orang pengunjung untuk memohon sumbangan tersebut.

Alhamdulillah, pengunjung-pengunjung tersebut pun telah menderma dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung yang dipegang oleh Lan Pet Pet.

Apa yang menarik perhatian ialah Lan Pet Pet kemudiannya mengatakan kepada pengunjung-pengunjung bazar yang lain yang belum menderma jika mereka mahu masuk syurga.

Seperti yang kita sedia maklum, dalam Islam, jika kita memberi sumbangan atau bersedekah, kita akan mendapat ganjaran pahala.

Video gelagat Lan Pet Pet itu telah mendapat reaksi positif daripada warganet di mana rata-rata mereka terhibur dengan cara Lan Pet Pet membantu remaja tersebut memohon sumbangan untuk sekolah tahfiznya.

7

6

5