Hak penjagaan anak selepas bercerai, ibu atau ayah? Ini penjelasan UAI

Hak penjagaan anak selepas bercerai, ibu atau ayah? Ini penjelasan UAI

 

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi penerangan tentang hak penjagaan anak selepas pasangan suami isteri bercerai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar menyatakan anak yang berusia bawah tujuh tahun secara automatik hak penjagaan akan jatuh kepada ibu.

Bagaimanapun, bapa masih boleh berjumpa dan keluar bersama dengan anak-anaknya.

Bila berlaku perceraian dan ada anak kena tengok anak besar mana. Kalau anak yang tujuh tahun ke bawah, automatik hak penjagaan kepada mak. Tak perlu bicara, pakai peguam semua tak perlu apabila mak dan ayah nak bela.

Semua anak yang belum genap tujuh tahun duduk di rumah mak bersama mak. Duit belanja ayah wajib bagi nafkah dan dia berhak mengambil anak menziarah rumah ayah supaya tidak putus hubungan. Mak tak boleh larang.

Namun sekiranya anak sudah berusia tujuh tahun dan ke atas, pihak mahkamah yang akan membuat keputusan berdasarkan persetujuan anak.

Anak yang tujuh tahun ke atas yang belum baligh dan belum berdikari, maka hakim akan tanya nak duduk dengan siapa nak duduk dengan ayah atau dengan mak.

Kalau nak duduk dengan ayah, hakim ketuk palu duduk dengan ayah. Kalau ambil bawa lari, boleh kena tangkap. Kalau ditanya nak duduk dengan mak, maka duduk dengan mak.

@akmal_pro

#Assalammualaikum #Kalau Bercerai…Anak Wajib Duduk Dengan Mak Atau Ayah..Atau Lawan Di Mahkamah#UAI #💚💚💚

♬ original sound – akmal_102 – akmal_102