Hairan beras rumah cepat habis, suami pesan jangan tambah nasi buat isteri menangis

Dalam rezeki seorang suami, sebenarnya terselit juga bahagian daripada berkat anak-anak dan juga isteri.
Malang sekali di zaman kini, kisah ketua keluarga yang ada sikap berkira bukan lagi benda pelik.
Terkadang mereka sanggup mengeluarkan banyak wang untuk hobi sendiri, tetapi amat kedekut menjalankan amanah nafkah.
Tadi minta duit beli beras, suami terkejut kenapa cepat sangat habis
Hal itu turut dialami oleh seorang wanita ini dan akhirnya dia memilih untuk nangis sebagai cara melepaskan perasaan.
Daripada kisah yang dikongsikan, suaminya dikatakan mula mempertikai apabila dia meminta sedikit wang belanja.
Padahal yang selalu tambah nasi tu suami, aku nak tambah pun fikir-fikir
Terkejut kerana beras di rumah mereka terlalu cepat habis, si suami malah menasihati isteri agar tidak menambah nasi ketika makan.
Walhal kata wanita ini, dia jarang menjamu selera dalam kuantiti banyak dan kalau ada pun cuma menunggu sisa lebihan nasi anaknya yang tidak habis.
@kartikasaripelawii Huhu sedih ðŸ˜#fyp #suamiistri #viral
Saya terasa bila sis nangis, suami larang isteri makan…Dalam rezeki dia terselit rezeki isteri
Melalui ruangan komen, ramai bersimpati kerana ibu tersebut berdepan dugaan suami yang mempunyai sikap berkira.
Pernah alami hal yang seakan sama, netizen akui hati mereka juga sama-sama terguris dan sangat memahami gelodak hati seorang isteri.