“Hai semua, rindu Sajat tak?” – Muncul semula di IG, netizen dakwa Sajat baru keluar penjara?
Setelah dua minggu menghilangkan diri tanpa khabar berita, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman membuat kemunculan semula di Instagramnya pada pagi Jumaat ini.
Menerusi tiga ‘posting’ serentak bertujuan mempromosikan produk penjagaan wajah, lelaki berusia 36 tahun itu dilihat tenang mengalu-alukan kemunculan semulanya.
“Hai semuanya, good morning uols. Rindu Sajat tak?” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Memetik laporan portal Gempak, kemunculan semula Sajat telah mencetusan tanda tanya ramai sehingga ada yang mendakwa dirinya baru keluar dari penjara.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa ‘posting’ berkenaan bukan dimuat naik oleh Sajat tetapi individu lain yang memegang akaun Instagram miliknya.
Takutlah baru keluar penjara
Namun, ruangan komen tersebut hanya sempat dibiarkan dalam tempoh kurang seminit sebelum ditutup oleh pelantun lagu ‘Bobo Di Mana’ itu.
Sebelum ini, Sajat dilihat mengemaskini akaun Instagram sekitar dua minggu lalu pada 28 Februari 2021.
Terdahulu, Sajat diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, beberapa minggu lepas.
Sejak itu, dirinya gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.
Berikutan itu, timbul satu lagi kontroversi di mana dia membuat pengakuan seolah-olah berniat menukar agama. Namun kesahihan isu tersebut tidak dapat dipastikan.
Kontroversi berkenaan melenyapkan Sajat dari laman sosial buat seketika.