‘Habis bersepah bilik aku….!’

‘Habis bersepah bilik aku….!’

Tidak dapat digambarkan perasaan cemas seorang gadis apabila bilik asramanya telah diserang oleh monyet. Namun, dia terpaksa akur dan reda dengan kejadian yang menimpanya.

Kisah ini diceritakan oleh gadis dikenali sebagai Nisasyazana, di laman TikTok dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian yang menimpanya ini.

Serangan balik?

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat enam ekor monyet yang memasuki bilik tersebut melalui ruang tingkap yang tidak tertutup. Lebih mengejutkan, apabila melihat keadaan bilik tersebut yang berselerak selepas digeledah oleh monyet-monyet itu.

Jelas gadis ini, pada mulanya dia terkejut bagaimana boleh monyet-monyet itu memasuki bilik mereka, sedangkan pintu bilik itu telah dikunci dengan rapi. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa penat untuk mengemas semula bilik tersebut yang kelihatan seperti tempat pembuangan sampah.

Ya Allah, Subhanallah, ini semua sebab beruk. Kiteorang dah kunci semua pintu dah. Ya Allah, penat do nak kemas

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di asrama Politeknik Sultan Haji Ahmad (POLISAS). Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bekas pelajar di situ masih dihantui dengan seekor monyet yang digelar sebagai Meon yang sering kali membuat hal. Aduhh!

Video kejadian

@nisasyazano_

part2 . 😌. #fyp

♬ original sound – Nisasyazana – Nisasyazana

@nisasyazano_

subhanallah , dugaan apakah ini 😭 . pintu kunci , tingkap dia pecahkan . makanan semua dia bukak,box makanan pon dia bukak #fyp #monyet

♬ original sound – Nisasyazana – Nisasyazana

@nisasyazano_

so inilah sebabnya 🙂 #fyp

♬ original sound – Nisasyazana – Nisasyazana

Sumber: OB, Nisasyazana