“Haa 2 ringgit je?” – Dapat duit raya sikit, wanita terkedu budak merungut depan-depan

“Haa 2 ringgit je?” – Dapat duit raya sikit, wanita terkedu budak merungut depan-depan

 

Kemeriahan Syawal diwarnai lagi dengan tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak atas niat bersedekah.

Pun begitu, ada segelintirnya yang tidak bersyukur dan berani persoalkan jumlah wang yang diletakkan dalam sampul raya.

Hakikatnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang seharusnya mencorakkan peribadi mereka.

Baru-baru ini, TikTokers @Tiya Kamal tampil berkongsikan satu kejadian yang berlaku saat dia pergi beraya di rumah kenalannya.

Setelah menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak di sana, ada yang terus merungut dengan jumlah RM2 yang dirasakan terlalu sedikit.

Lebih geram lagi, ibu bapa yang jelas mendengar rungutan itu langsung tidak menegur perbuatan buruk si anak.

“Budak tu macam “Haaa 2 ringgit ja“. Depa budak lagi, okey faham. Tapi mak ayah? Apa peranan awak bila anak cakap macam tu dekat strangers yang bagi duit raya?”

Bukan itu sahaja, malahan Tiya turut menyuarakan tentang isu segelintir ibu bapa gemar meremeh-remehkan jumlah duit raya yang diterima oleh anak mereka.

Berapa pun angka yang disisipkan ke dalam sampul, seharusnya ia tidak perlu menjadi pertikaian.

Apalagi, amalan pemberian duit raya ia bukanlah satu kewajipan dan sekadar bersedekah seikhlas hati sahaja.

@tiyakamal2

Lepas ni nk letak daun palas ja dalam sampul tuh #foryoupagе #fyp #fypシ #fypgakni

♬ original sound – Luckyboyyy – Luckyboyyy

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen ikut kesal dengan perkongsian yang dibuat oleh Tiya.

Tidak dinafikan, mereka sendiri pernah berdepan situasi sama.