Guru sekolah agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar

Guru sekolah agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar

 

Polis Indonesia menyiasat kes seorang guru yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan anak muridnya selepas video mereka melakukan perbuatan sumbang tular di laman sosial, lapor laman berita Detik hari ini.

Guru subjek bahasa Indonesia sebuah sekolah menengah agama di wilayah Gorontalo itu dikenali sebagai DH, 57, dan kini menjadi suspek kes tersebut.

“Pada awal tahun 2022, mangsa sudah menjalin hubungan rapat dengan suspek,” kata Ketua Polis Gorontalo, Asisten Komisioner Besar Polis Deddy Herman.

Menurut Deddy, suspek melakukan pelbagai cara bagi membolehkan dia menjalin hubungan intim dengan mangsa termasuk sering membantu menyelesaikan kerja sekolah.

“Suspek membuat mangsa berasa seperti dirinya diberi perhatian lebih, yang akhirnya menyebabkan mangsa ‘menyerah diri’,” ujarnya.

Sebelum itu, sebuah video memaparkan aksi tidak senonoh suspek dan mangsa menjadi tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Dalam video tersebut, mangsa masih memakai pakaian seragam, manakala kejadian itu dikatakan dirakam di luar sekolah.