Guru menang saman selepas Proton Wira dirempuh Perisai Gempita AV8 milik ATM

Guru menang saman selepas Proton Wira dirempuh Perisai Gempita AV8 milik ATM

 

Seorang guru menang tuntutan sivil terhadap pemandu perisai Gempita AV8 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merempuh keretanya pada 2019.

Dalam tuntutan itu, R Santhi, 52, turut menamakan ATM sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Majistret Naziah Mohd Alias membenarkan tuntutan sivil Santhi sepenuhnya bagi ganti rugi khas dan am, termasuk faedah serta kos, selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan dan mendapati defendan cuai dalam kemalangan pada 4 Ogos 2019.

Peguam N Naresh berkata, keputusan itu bukan sekadar kemenangan dari segi ganti rugi, sebaliknya ia memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun nahas itu berlaku.

“Selama 17 tahun, itulah kenderaan yang saya gunakan untuk berulang alik dan menjadi kereta kesayangan keluarga saya. Saya bersyukur kerana selamat dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, peguam Santhi, N Naresh berkata, keputusan itu memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun terbabit dengan kemalangan berkenaan.

Katanya, kenderaan berat seperti kereta perisai yang mempunyai sudut pandangan terhad perlu diiringi pengawal trafik ATM atau polis trafik bagi mengelakkan ia mendatangkan risiko kepada pengguna jalan dan kerosakan harta benda.

Jika tidak dapat berbuat demikian, beliau berkata, sekurang-kurangnya jalan raya yang digunakan untuk konvoi perlu ditutup kepada kenderaan awam.

Naresh berkata, tiba masanya ATM mengkaji semula prosedur konvoi kenderaan besar seperti kereta perisai Gempita bagi mengelakkan kemalangan.

Santhi berkata, kereta itu adalah kenderaan kesayangan keluarganya dan beliau sudah menggunakannya selama 17 tahun.

“Saya bersyukur kerana selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.”

Dalam kejadian 4.30 petang 4 Ogos 2019, kereta perisai milik ATM itu yang dalam perjalanan dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang menuju ke Port Dickson, merempuh Proton Wira dipandu Santhi di Jalan Lingkaran Tengah, dekat Ampangan.