Guru kutuk murid OKU tak sedar tersalah hantar mesej dalam group WhatsApp, nasib bapa sempat ‘screenshot’

Guru kutuk murid OKU tak sedar tersalah hantar mesej dalam group WhatsApp, nasib bapa sempat ‘screenshot’

 

Seorang guru telah mendapat kecaman hebat di media sosial kerana menghina seorang murid lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ibu murid tersebut telah berkongsi screenshot mesej yang dikirim oleh guru tersebut secara tidak sengaja ke group WhatsApp kelas Tahun 1 Jade di sebuah sekolah rendah di Sabah.

Guru tersebut dikatakan telah menghina murid (autism) tersebut semasa bersembang dengan rakan-rakannya.

Walaupun mesej itu telah dipadam dengan cepat, ibu murid terbabit sempat mengambil empat screenshot sebagai bukti.

Menurut pengadu, anaknya yang merupakan murid OKU telah dikutuk oleh guru itu, malah telah mengugut untuk menghukum murid baru yang akan masuk ke kelas tersebut.

Tindakan tidak bertanggungjawab guru itu mengundang kemarahan netizen yang menuntut pihak berwajib mengambil tindakan tegas.

Netizen mencadangkan agar guru tersebut dilaporkan kepada KPM. Selain mencadangkan guru tersebut meletakkan jawatan jika tidak mahu bertugas dengan ikhlas.

Sejak dikongsikan di media sosial, hantaran tersebut telah mendapat lebih daripada 3.6K tanda suka.