“Salin soalan balik pun salah” – Guru kecewa pelajar tiada usaha jawab soalan peperiksaan

“Salin soalan balik pun salah” – Guru kecewa pelajar tiada usaha jawab soalan peperiksaan

 

“Salin soalan balik pun salah” – Guru kecewa pelajar tiada usaha jawab soalan peperiksaan

Agak merisaukan juga apabila ketahui tahap pembelajaran dan pemikiran kritis di dalam kalangan pelajar terlalu teruk pada masa kini.

Sampaikan sebahagian tenaga pengajar sudah menyerah kalah dalam mendidik pelajar yang sudah tidak acuh lagi dengan pembelajaran lebih-lebih lagi selepas dimansuhkan peperiksaan penting iaitu UPSR dan PT3.

Baru-baru ini, seorang guru meluahkan rasa penat dengan kerenah pelajarnya apabila menjawab soalan peperiksaan sambil lewa dan tidak berusaha menyelesaikan dengan ilmu yang dipelajari.

“Stress murid lebih penting. Diambil maklum”, tulisnya di X.

Dalam ciapan lain, dia mendakwa majoriti guru perlu pertolongan kerana kesihatan mental sudah ‘mati’.

Kelemahan sebahagian pelajar ini dikuatkan lagi apabila terdapat gambar soalan peperiksaan yang dijawab sambil lewa oleh mereka.

Berdasarkan dua helai kertas peperiksaan yang disemak, pelajar terbabit hanya menyalin semula soalan dan juga pautan yang tertera menerusinya.

Mereka kelihatan tidak cuba menjawab sehabis baik dengan jawapan yang berilmiah dan memenuhi kehendak soalan dalam merebut markah bagi penilaian.

Yang menampakkan lagi tahap kedunguan pelajar terbabit apabila masih ‘typo’ untuk menyalin semula soalan di ruangan jawapan.

Soalan tertera jelas menggunakan frasa ‘Jelaskan’ tetapi pelajar itu masih gagal menirunya dengan menulis ‘Jejaskan’.

Walaupun ciapannya sedia ringkas, ia sudah cukup menggambarkan tahap IQ pelajar pada hari ini cukup membimbangkan apatah lagi bila mereka juga merupakan bakal jadi pemangkin  negara di masa depan.

Perkongsian guru terbabit langsung mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya bersimpati dengan nasib guru yang terpaksa mendidik anak bangsa yang tiada keinginan untuk mencapai ke menara gading.

Ramai juga menempelak tindakan pelajar hari ini yang langsung tidak mengendahkan pelajaran dan ambil mudah dalam perihal akademik seolah-olah mengganggap ia sebagai satu fasa yang perlu dilepasi dan akan menjejak ke universiti.

Pelajar

Pelajar

Walhal, pencapaian akademik sangat penting dalam menentukan kedudukan di universiti berprestij di samping berpeluang menerima pembiayaan biasiswa yang bakal memudahkan hidup di kemudian hari.

Hatta, nak berkecimpung dalam dunia bisnes pun memerlukan ilmu supaya boleh merancang strategi dan pengoperasian dengan baik serta tidak mudah ditipu oleh penjenayah di luar sana.

Susulan itu, netizen mempersoalkan di mana hala tuju negara jika hanya mengambil solusi mudah dengan menghapuskan peperiksaan penting dek kerana mahu mengelakkan tekanan di dalam pelajar.