Guru didakwa pukul isteri hingga keguguran, turut jadi ‘tokan’ air ketum & kaki judi

Guru didakwa pukul isteri hingga keguguran, turut jadi ‘tokan’ air ketum & kaki judi

 

Ditolak kasar sehingga mengalami keguguran bayi dalam kandungan, seorang wanita menerusi aplikasi X @Wawawehhh tampil mendedahkan kekerasan fizikal yang dilakukan oleh suaminya.

Difahamkan, lelaki terbabit bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah sukan yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Dalam hantaran panjang dimuat naik oleh Wawa, dia turut membongkarkan tentang kegiatan pendidik berkenaan yang suka bermain judi serta menjual ramuan air ketum di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Selama mendirikan perkahwinan, Wawa ibarat berendam dengan air mata kerana tidak dilayan sebagai isteri selayaknya.

Tidak cukup dikasari, wang miliknya juga pernah digunakan oleh lelaki berkenaan yang culas memberikan nafkah sewajarnya.

Lebih pilu lagi, Wawa yang sempat mengadukan perlakuan suaminya kepada keluarga lelaki malah dipersalahkan semula.

Kedua-dua ibu dan bapa mentua nampaknya berpihak penuh kepada anak lelaki mereka tanpa menghiraukan penderitaan yang dihadapi oleh Wawa selaku menantu.

“Setiap kali pasal perempuan, mesti Biy sanggup kasari Sayang. Biy tolak sayang sampai gugur”

Buat masa sekarang, Wawa sudah pun melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan sedang dalam proses membuat tuntutan kerugian ke atas lelaki terbabit dengan angka bernilai kira-kira RM25,000.

Perkongsian ini diharapkan menjadi peringatan buat wanita di luar sana supaya tidak terperangkang menjadi ‘target’ lelaki tersebut.