Baru-baru ini, pasangan pengusaha restoran mendedahkan pengalaman mereka yang menjadi mangsa ‘prank call’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pasangan itu merupakan pemilik bagi restoran Kungfu Kitchen Chinese di Reading, Berkshire, England.

Pengusaha restoran yang mahu dikenali sebagai Steven Mann dan isterinya Joanna yang berbangsa China menyatakan ada individu yang menghubungi mereka semasa restoran dibuka untuk bertanyakan menu haiwan eksotik seperti kelawar di restoran berkenaan.

coronavirus

Tambahnya, haiwan kelawar telah menjadi bahan gurauan disebabkan ianya pernah menjadi punca utama penularan Coronavirus di bandar raya Wuhan, sekitar 2019.

“Ia membazir masa kami. Ia menjengkelkan. Kami nak jalankan perniagaan tapi asyik menerima panggilan ini”. 

Dalam masa yang sama, ada juga pelanggan yang turut bertanya menu masakan daging anjing dan kucing kepada pengusaha itu. – AN