“Guna kesempatan atas kesulitan & kelemahan orang lain” – Abby Abadi selar tindakan jenama pakaian tempatan

“Guna kesempatan atas kesulitan & kelemahan orang lain” – Abby Abadi selar tindakan jenama pakaian tempatan

 

Selebriti, Abby Abadi selar tindakan jenama pakaian susulan membuat marketing sehingga menyentuh sensitiviti banyak pihak terutama melibatkan hati dan perasaan.

Menerusi Insta Story pelakon itu, dia telah memuat naik tangkapan layar berita tentang Marissa Dania dan juga lelaki yang dikaitkan dengannya dengan kapsyen seakan kesal melihat marketing yang cuba dibuat oleh jenama pakaian terbabit.

“…menggunakan kesempatan atas kesulitan dan kelemahan orang lain. Berpada-padalah” tulisnya.

Hal itu susulan tularnya video Marissa Dania dan lelaki dikenali sebagai Aslam tampil sebagai model untuk satu jenama pakaian hari raya sehingga menjadi perdebatan ramai.

Mana tidaknya, isteri pertama Aslam yang dikatakan tidak tahu tentang kehadiran mereka sebagai model turut ada menjadi salah satu individu yang memperagakan pakaian dari jenama tersebut.

Abby Abadi selar tindakan jenama pakaian

Tidak mengulas lebih lanjut berkenaan isu terbabit, Abby menerusi unggahan terbarunya di Instagram mengatakan yang biarlah orang lain bercakap tentangnya, asalkan dia fokus kepada perniagaan.

“Biarlah orang buat kita, kita buat rempeyek,” seloroh pelakon drama bersiri Gerak Khas itu.

Video Marissa dan Aslam yang pertama kali muncul setelah digosipkan telah berumah tangga di Thailand penghujung tahun lalu menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi isteri pertama lelaki itu turut terlibat dalam menjayakan video promosi jenama terbabit.

Ramai yang mengecam tindakan jenama tersebut kerana tidak mempunyai sensitiviti mengenai masalah yang sedang mereka lalui sehingga menjadikan ia satu marketing perniagaan.

Walau bagaimanapun, video tersebut sudah diturunkan daripada media sosial jenama pakaian itu dan ruangan komen juga ditutup susulan diserang netizen sejak ia dikongsikan.