Guna kereta diberi isteri, Aliff Aziz kantoi tiada lesen memandu?

Guna kereta diberi isteri, Aliff Aziz kantoi tiada lesen memandu?

 

Ternyata selama ini Aliff Aziz guna kereta diberi isteri tapi tiada lesen dan hal tersebut kantoi susulan tindakan seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan tangkapan layar perbualan antara pelakon itu dengan aktres, Ruhainies menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam tangkapan layar yang didedahkan oleh Sarah Yasmine, Aliff mengaku tiada lesen memandu selepas mereka berbual mengenai kereta yang digunakan Aliff kita ini.

Hal ini susulan individu yang namanya simpan sebagai NRF menyarankan agar Aliff tidak memulangkan terlebih dahulu kereta tersebut bagi memudahkan dia bergerak ke mana-mana.

“Paling tidak awak ada pengangkutan untuk nak merancang dapatkan yang baru.

“Jangan bagi dahulu. Enam bulan tak bayar baru kena tarik,” tulisnya.

Aliff Aziz guna kereta diberi isteri

Namun begitu, Aliff Aziz seakan tidak bersetuju dengan saranan tersebut dan memaklumkan dirinya tiada lesen memandu selepas individu di dalam perbualan berkenaan menyatakan selepas enam bulan barulah boleh berbincang untuk menukar nama atau sebagainy bagi kererta berkenaan.

“Tak boleh sebab saya lesen pun takde,” tulisnya.

Susulan daripada itu, netizen di platform X yang terkejut dengan pendedahan-pendedahan tersebut telah menyarankan agar memaklumkan hal tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan tindakan selebriti berkenaan yang memandu tanpa lesen memandu.

Disebabkan itu, ramai yang telah meninggalkan komen di ruangan pengguna platform X yang dikenali sebagai ardy12 bagi mengulas isu tersbut.

Kebanyakan mereka tidak sangka dengan apa yang berlaku dan beranggapan bahawa selama ini pelakon itu telah ditanggung isteri, Bella Astillah dan banyak membantu memudahkan aktor berkenaan sepanjang berumah tangga.

Terdahulu, deretan tangkapan layar perbualan WhatsApp Aliff Aziz dengan wanita dikenali sebagai NRF telah didedahkan individu yang mengaku sebagai kekasih gelap aktor terbabit.

Beberapa nama lain seperti Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong turut terpalit sama sehingga masing-masing daripada mereka membuat penjelasan di media sosial berhubung kemelut rumah tangga antara selebriti terbabit.