Guna ‘Green Screen’ untuk rakam babak di Itali, netizen kagum lihat hasil Drama Vincenzo

Guna ‘Green Screen’ untuk rakam babak di Itali, netizen kagum lihat hasil Drama Vincenzo

Tidak dinafikan drama Korea sudah menjadi fenomena di seluruh dunia dan Netflix turut dikhabarkan akan melaburkan hampir RM3.1 trilion untuk penghasilan drama serta filem dari Korea Selatan. Terbaharu, drama Vincenzo yang menampilkan Song Joong-ki sebagai watak utama telah menjadi perhatian ramai dan setiap minggu drama tersebut berada di kedudukan nombor 1 di Netflix.

Untuk pengetahuan anda, Vincenzo berkisahkan tentang seorang lelaki dari Korea Selatan yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya menjadi peguam mafia di Milan, Italia. Namun sebuah insiden telah menyebabkan beliau kembali ke Korea dan bermulalah beberapa konflik ketika beliau di Korea.

Akan tetapi, mula menjadi buah mulut netizen apabila video penggambaran drama tersebut tular di media sosial. Mana tidaknya, ramai yang tidak menyangka bahawa penggambaran dilakukan dengan menggunakan ‘green screen’ dan bukannya di Itali.

@aishaazmann

What we saw is totally different from what it actually is!😳 #vincenzo #kdrama #songjoongki

♬ UNSOAPPLE sia – Millie edits😚😋

Menerusi video di TikTok itu, kita dapat lihat betapa ‘clean’ penyuntingan yang dilakukan sehingga penonton tidak perasan ianya hanyalah kesan khas bukannya berada di lokasi sebenar. Lantaran itu, rata-rata netizen berasa kagum dengan pelakon, pengarah dan juga krew drama tersebut kerana untuk menghasilkan karya tersebut memerlukan imaginasi yang tinggi.

 

Malah, para netizen turut mengatakan teknologi dan taktik yang digunakan oleh produksi di Korea sudah makin baik serta bertaraf Hollywood. Apakah pendapat anda akan kesan khas yang ditunjukkan dalam drama Vincenzo ini? – TV