Guna aplikasi ‘gerakkan’ wajah orang yang telah meninggal, ini pesanan Ustaz Ahmad Dusuki

Guna aplikasi ‘gerakkan’ wajah orang yang telah meninggal, ini pesanan Ustaz Ahmad Dusuki

Akhir-akhir ini, popular satu aplikasi yang membolehkan wajah seseorang itu bergerak. Bahkan, aplikasi ini dijadikan sebagai alternatif bagi seseorang itu untuk ‘melepaskan’ rindu buat ahli keluarga mereka yang telah dijemput Ilahi.

Namun, timbul persoalan adakah aplikasi tersebut dibenarkan dalam hukum syarak kerana ia digunakan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Susulan daripada itu, pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberikan respon berkenaan hukum penggunaan aplikasi tersebut yang semakin digunakan oleh orang ramai, menerusi satu video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Respon ustaz

Foto: Tangkap layar video

Jelas Ustaz Ahmad Dusuki, aplikasi tersebut tidak wajar digunakan bagi seseorang Muslim itu kerana risau akan ditanya oleh Allah S.W.T pada hari akhirat nanti.

Ada satu hadis Rasulullah S.A.W. yang sebut akan ada nanti sesiapa yang membuat patung atau melukis gambar. Ia akan diarahkan oleh Allah S.W.T. supaya tiub balik roh patung atau gambar itu sendiri. Saya berpandangan bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara demikian.

Pada masa yang sama, walaupun rindukan seseorang itu, aplikasi ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai alternatif kerana mereka sudah pun meninggal dunia dan tidak boleh kembali ke dunia. Tidak berakhir di situ, beliau sempat berpesan untuk menitipkan doa buat arwah jika rindu kepada mereka.

Saya takut di akhirat nanti, di mana siapa yang terlibat dengan program seumpama ini di akhirat nanti, Allah suruh dia tiup roh pada gambar-gambar demikian. Dah gambar itu tak bergerak jangan pula kita nak menggerakan gambar tersebut sehingga kita menimbulkan kenangan yang lalu. Bagi orang yang dah meninggal dunia, kita baca doa buat mereka. Moga Allah merahmati mereka dan kebaikan yang bertambah buat mereka bukan dengan cara kita nak ingatkan kenangan yang tidak membangkitkan kita.

Video penuh

@ustazahmaddusuki

Reply to @nadialiyana91 #ustadpesan #ustazahmaddusuki #mengejarsyurga #UAD #tiktokGuru #pemudasyurga #nasihatkehidupan

♬ Sesungguhnya 2020 – Nazrey Johani

Sumber: OB, Ustaz Ahmad Dusuki