“Goyah ke tu?” – Luah rasa rindu pada anak-anak, kapsyen Hafiz Suip undang persoalan

“Goyah ke tu?” – Luah rasa rindu pada anak-anak, kapsyen Hafiz Suip undang persoalan

 

Meskipun menghilang dari media sosial Instagram dan Facebook, penyanyi Hafiz Suip bagaimanpun kelihatan aktif di akaun TikTok miliknya.

Terkini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.

Namun begitu, tanda pagar #janganmainapi yang ditulis oleh Hafiz di kapsyen mencetus tanda tanya.

“Miss them so much… goyah ke tu,” tulisnya beserta tanda pagar #terusbersinar #janganmainapi.

Hafiz Suip

Menjengah ke ruangan koman, ramai dalam kalangan netizen menitipkan sokongan kepada pelantun lagu popular Bahagiamu Deritaku ini untuk terus bangkit.

Hafiz Suip

Ada juga rata-rata netizen yang meminta Hafiz kembali aktif dalam bidang nyanyian, serta fokus dalam melancarkan lagu-lagu baharu.

Hafiz Suip

Hafiz Suip

Namun begitu, sehingga kini Hafiz tidak menjelaskan secara terperinci mengenai tanda pagar #janganmainapi itu.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Hafiz bersama isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak.

Isu tersebut menjadi semakin menimbulkan persoalan selepas Hafiz bertindak menyahaktifkan akaun media sosial Instagram dan Facebook miliknya.