Google umum ciri baru pada Waze, bagi peringatan sekiranya jalan yang dilalui pernah berlaku kemalangan

Google umum ciri baru pada Waze, bagi peringatan sekiranya jalan yang dilalui pernah berlaku kemalangan

 

Google hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu untuk aplikasi navigasi Waze yang dimiliki mereka, iaitu peringatan sekiranya jalan yang dilalui pernah berlaku kemalangan.

Dengan langkah ini, ciri keselamatan ini dijangka akan terus membuatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati apabila melalui sesuatu jalan raya.

Waze menyatakan, pengguna Waze melaporkan kemalangan hampir setiap dua saat.

Waze menggunakan integrasi AI bersama-sama sejarah laporan kemalangan yang dilakukan oleh komuniti dalam memberikan peringatan.

Selain daripada laluan, ia juga akan mengambil-kira tahap trafik, cuaca dan sebagainya dalam memberikan peringatan kepada pengguna.

Waze mengatakan, mereka akan memaparkan peringatan ini pada laluan yang akan dilalui oleh seseorang pengguna.

Namun, sekiranya laluan tersebut merupakan laluan harian atau sering dilalui seseorang pemandu, maka peringatan berkenaan akan diminimakan atau mungkin tidak diperlihatkan.

Ciri baharu ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.