“Dekat saya bukan ss je ada, siap video lagi” – Abang Viva dedah mesej isteri dengan lelaki lain
“Dekat saya bukan ss je ada, siap video lagi” – Abang Viva dedah mesej isteri dengan lelaki lain
Pempengaruh Abang Viva pula bersuara selepas isterinya, Evanoza Zakaria mendakwa suaminya itu berhubung dengan seorang wanita berstatus pasangan orang.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Abang Viva juga mengambil tindakan sama seperti isterinya dan telah memuat naik satu tangkap layar perbualan dipercayai antara Evanoza dan seorang lelaki.
Menurut Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, dia sudah tidak dapat menahan diri daripada untuk tidak bersuara mengenai perkara tersebut.
Katanya lagi, tangkap layar perbualan itu bukanlah satu-satunya bukti yang dia ada namun buat masa sekarang, bukti lain akan disimpan dulu.
“Tak boleh tahan, hari-hari benda sama je ni. Kasi up satu, yang lain simpan dulu,” katanya.
Pada tangkap layar perbualan tersebut, isterinya sedang berbual mengenai cuaca disamping individu tersebut turut memangil Evanoza ‘dear’.
Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza Abang Viva turut mendedahkan dia bukan sahaja mempunyai bukti berupa tangkap layar perbualan, malahan dia juga memiliki video sebagai bukti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya masih mengecam Abang Viva disamping tidak percaya bahawa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Sebelum ini, Evanoza telah membuat beberapa hantaran memaparkan perbualan Abang Viva dengan seorang wanita yang berstatus isteri.