“Terima kasih atas sokongan semua” – Gerai burger disinggah IShowSpeed disita DBKL

“Terima kasih atas sokongan semua” – Gerai burger disinggah IShowSpeed disita DBKL

 

Gerai burger yang pernah disinggah oleh IShowSpeed mendedahkan perniagaannya sudah tidak dapat beroperasi kerana disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bon’s Burger di laman Instagramnya, dia berkata gerai burgernya itu terpaksa ditutup buat sementara waktu dan akan memberi perkembangan selanjutnya di aplikasi WhatsApp.

Gerai burger disinggah IShowSpeed disita

Dalam perkongsian itu juga, dia turut menyelit sebuah gambar memperlihatkan beberapa anggota pihak berkuasa DBKL merampas gerainya.

“Hai guys, Bob’s Burger tutup sementara berikutan kedai kita ‘diambil’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), info terbaru kita akan update di sini dan di WhatsApp.

“Terima kasih atas sokongan semua,” ujarnya.

Perkara tersebut turut menjadi tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah video yang memaparkan gerai burger itu sudah tidak berada di lokasi penjualan.

@foodyfun5

Stall burger ramli yang terkenal selepas IshowSpeed makan, kini di sita penguatkuasa #ishowspeed #burger #foodvalley #naya

♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan terhadap pemilik gerai terbabit yang terpaksa menghentikan operasi perniagaan.

Bagaimanapun, ada juga individu menegaskan DBKL hanya menjalankan tugas mereka menyita gerai burger tersebut yang berkemungkinan besar tidak mempunyai lesen berniaga.

Terdahulu, gerai Bob’s Burger yang terletak di Bangsar itu menjadi tular di media sosial apabilap enstrim internet terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed mencuba burger yang dijualnya sehingga sanggup membayar RM357 untuk sebiji burger.