Geng motosikal salah tafsir kebenaran aktiviti permotoran, kena kompaun ketika berkonvoi

Geng motosikal salah tafsir kebenaran aktiviti permotoran, kena kompaun ketika berkonvoi

 

Pada hari Jumaat 19 Ogos lalu, orang ramai menyambut baik pengumuman khas di mana pihak kerajaan memberikan kelonggaran untuk membuka semula industri termasuklah beberapa aktiviti riadah di tempat awam bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Namun siapa sangka, aktiviti ‘permotoran’ yang tersenarai di dalam aktiviti riadah yang dibenarkan oleh kerajaan telah menyebabkan ramai pengguna motosikal ditahan dan didenda oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya pada hari minggu baru-baru ini.

Ramai yang keluar ‘berkonvoi’ bagi melakukan aktiviti permotoran pada hari minggu lalu telah menerima jumlah denda yang agak besar atas pelbagai jenis kesalahan dibuat pada satu masa.

udah ku bilang ya sahabat!!!! jgn berkonboi dulu..polis nampak moto mcm nampak duit skrg ni..kacing kacing!!! rm5ribu sorg tu sahabat!!! bukan sikit tuuuu😩😩😩😩😩😩

Posted by Rudy Norman on Sunday, August 22, 2021

 

Perkara tersebut terjadi apabila orang ramai tersalah faham antara aktiviti permotoran yang dibenarkan oleh pihak kerajaan dengan aktiviti ‘konvoi’ yang mereka lakukan pada hari minggu baru-baru ini.

Aktiviti permotoran yang dibenarkan oleh pihak kerajaan bermaksud aktiviti-aktiviti kenderaan bermotor di dalam kawasan litar sahaja dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Manakala aktiviti konvoi/ride secara beramai-ramai di jalan raya awam tidak dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi aktiviti tersebut melibatkan pergerakkan merentasi daerah atau negeri lain.

vocket-netizen-kritik-konvoi-5

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK RUDY NORMAN

vocket-netizen-kritik-konvoi-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK RUDY NORMAN

vocket-netizen-kritik-konvoi-3

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK RUDY NORMAN

vocket-netizen-kritik-konvoi-2

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK RUDY NORMAN

vocket-netizen-kritik-konvoi-1

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK RUDY NORMAN

vocket-netizen-kritik-konvoi-6

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @RUDY_GENGTAYARBESAR

vocket-netizen-kritik-konvoi-7

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @RUDY_GENGTAYARBESAR

Semoga orang ramai yang mempunyai niat berkonvoi menggunakan kereta atau motosikal boleh bersabar untuk beberapa tempoh lagi sehingga pihak kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri setelah keadaan negara kita semakin pulih.

Difahamkan setiap satu saman yang diterima oleh pemilik motosikal baru-baru ini bernilai RM5,000 seorang. Nilai tersebut tidak termasuk jumlah saman lain diterima pada waktu yang sama.

Sumber: Vocket