Genap tiga tahun menghilang tanpa jejak, abang kongsi klip rakaman terakhir Acap

Genap tiga tahun menghilang tanpa jejak, abang kongsi klip rakaman terakhir Acap

Hari ini, sudah genap 3 tahun kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu saudara Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap.

Setiap kali tiba tarikh 23 Mac, timbul sekelumit perasaan ingin tahu dalam kalangan netizen yang mengikuti detik peristiwa ini tentang apa sebenarnya yang terjadi dan di manakan keberadaan lelaki tersebut.

Genap 3 tahun kehilangan adik Acap…semoga berjaya ditemui walau di mana jua dia berada

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya pagi tadi, Denny Lang sentiasa mengingati tarikh keramat yang mana adiknya lesap secara tiba-tiba dan gagal dijumpai sehingga sekarang.

Difahamkan, beberapa kenalannya di Kota Suci Mekah turut menitipkan doa agar Acap serta beberapa individu yang senasib dengannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat seterusnya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Genap 3 Tahun Menghilang Tanpa Jejak, Abang Kongsi Klip Rakaman Terakhir Acap

Genap 3 Tahun Menghilang Tanpa Jejak, Abang Kongsi Klip Rakaman Terakhir Acap

Genap 3 Tahun Menghilang Tanpa Jejak, Abang Kongsi Klip Rakaman Terakhir Acap

Video & gambar terakhir Acap sebelum menghilang tanpa sebarang jejak

Malah bersempena tarikh itu juga, Denny Lang turut memuat naik video yang memaparkan koleksi foto terakhir adiknya sebelum lesap tanpa sebarang jejak sehingga ke saat ini.

Selain itu, dia turut masih menyimpan beberapa klip yang dirakam secara tidak sengaja oleh peserta lain memaparkan kelibat Acap ketika berada di salah satu checkpoint acara larian terbabit.

Rasa macam baru lagi, pejam celik dah 3 tahun…semoga terjawab misteri kehilangan Acap

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tidak menyangka tempoh misteri kehilangan Acap kini sudah pun masuk tahun yang ketiga. Oleh sebab itu, ramai yang memanjatkan doa serta harapan agar sinar keajaiban muncul jua suatu hari nanti.