Genap setahun, Shuib akhirnya dedah video Siti Sarah yang sering buatnya sedih

Genap setahun, Shuib akhirnya dedah video Siti Sarah yang sering buatnya sedih

 

Walaupun baru 3 hari lepas menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsunya Ayash Affan, namun Shuib tetap dibelenggu perasaan sedih mengenangkan sudah genap setahun pemergian isteri tercinta.

Sempat bersama selama lebih 11 tahun sebelum diragut Covid-19, usahawan selebriti tersebut akui masih menyimpan barangan peribadi milik Allahyarhamah Siti Sarah untuk dijadikan sebagai kenangan.

Walaupun kehilangan kian terasa… tapi mengenangkan Allahyarhamah adalah perasaan terlalu mahal harganya

Ketika ditemui sempena majlis tahlil malam tadi, Shuib akui memori bersama Allahyarhamah adalah perasaan terlalu mahal harganya.

Meskipun kehilangan masih lagi terasa, namun setiap hari dia mengingati Siti Sarah tanpa gagal dengan selalu tetapkan mindset bahawa ia adalah memori yang cukup manis.

Genap Setahun, Shuib Akhirnya Dedah Video Siti Sarah Yang Sering Buatnya Sedih 2

 

Inilah video yang selalu buat I sedih teramat…you nak sangat makan kat tempat favourite, bila I amik buat muka comel & manjanya sekali

Terbaru, Shuib berkongsi salah satu klip video kenangan terakhir bersama isteri yang selalu buatnya rasa sedih kepada umum.

Ketika itu Siti Sarah yang sedang hamil 5 bulan teringin makan di tempat kegemarannya, siap call berkali-kali untuk ajak suaminya sekali.

Malah sewaktu dijemput masuk ke dalam kereta, Allahyarhamah sempat pamerkan reaksi muka comel dan manja kepada pasangannya.

 

 

Bila tengok video ni, terasa macam Siti Sarah masih ‘ada’…memori terindah, bila rindu boleh tengok semula

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan artis bukan sahaja menyifatkan itu sebagai memori yang cukup manis tentang Allahyarhamah Siti Sarah. Malah mereka juga terharu dengan mesej tersirat disampaikan Shuib, iaitu sentiasa cuba tunaikan permintaan orang yang kita sayang seolah ini hajat terakhirnya di dunia.

Genap Setahun, Shuib Akhirnya Dedah Video Siti Sarah Yang Sering Buatnya Sedih 3

Genap Setahun, Shuib Akhirnya Dedah Video Siti Sarah Yang Sering Buatnya Sedih 4

Genap Setahun, Shuib Akhirnya Dedah Video Siti Sarah Yang Sering Buatnya Sedih 5