Genap 14 hari kelonggaran rentas negeri, daerah akhirnya lonjakan luar Lembah Klang jauh lebih menakutkan

Genap 14 hari kelonggaran rentas negeri, daerah akhirnya lonjakan luar Lembah Klang jauh lebih menakutkan

 

1- Ketika PM hari ini mengumumkan kelonggaran rentas negeri, daerah melibatkan mereka yang sudah divaksin, Aku antara yang kritik.. Dan hari ini genap 14 Hari, Lihatlah apa yang terjadi, Bukan hanya lonjakan kes, Hatta Kematian dan Brought In Dead kini berlaku di luar lembah Klang..

2- Sejak awal aku kata, Kebimbangan aku sudah ada petanda, Sabah, Kedah, Kelantan berlaku lonjakan.. dan akhirnya Terjadi, Lebih teruk hari ini bila kematian di Lembah Klang menurun, Lonjakan Kematian berlaku diluar Lembah Klang..

3- Hari ini Perak sendiri mencatatkan 16 Kematian, Johor paling kritikal 41 Kematian, dan diikuti Kedah 32 manakala 23 di Pulau pinang, sabah 17 Kematian.. Lebih malang sudah ada hampir setiap hari BID (Brought In Dead) di Perak..

4- Atas kelonggaran dari PM hari ini lah varian Delta dah merebak hatta wujud di Perlis, Di Perlis sepanjang Pandemik hampir 18 Bulan, Tidak pernah kes melebihi 10 Kes, Hari ini 74 Kes, sabah dah mula lonjakan baru lebih 3376 Kes baru, Sarawak yang dah catatkan lebih 80% Vaksinasi lebih 1500 kes..Maknanya Selepas Program Pemulihan Negara kes semakin teruk diluar lembah Klang, Di Perak umpamanya pada awal Jun catatkan 0 varian Deltan hari ini sudah 4 Kes dikesan..

5- Rupanya Ketakutan di Lembah Klang bukan dihujung Terowong, Tetapi sudah melepasi terowong dan tembok Lembah Klang akibat dari kegagalan dasar Kerajaan.. Bayangkan dalam Keadaaan kajian mengatakan mereka yang dah divaksin boleh sebarkan wabak kepada orang awam. Mereka dibenarkan rentas Negeri dan Daerah.. Maka hari ini selepas 14 hari adalah akibatnya..

6- Memang Benar, Ada penurunan Kematian dan Kes Di Lembah Klang, Tapi harus diingat, Lembah Klang hanya teruji 2 Minggu lagi setelah sektor Ekonomi dan sosial di Buka.. Mungkin kerajaan juga sedang bereksperimen.. Belajar dari Sabah dan Sarawak.. Sabah pernah berlaku lonjakan, Akhirnya berjaya diturunkan kepada 2 Digit.. dah hari ini sudah catatkan lebih 3 ribu kes, Begitu Juga Sarawak yang juga berjaya dilandaikan sebelum ini….

7- Jelas Kegagalan besar Negara bukan saja memperkkuhkan sistem Kesihatan, Hatta Strategi kawalan..Dalam keadaan seluruh Dunia diancam varian Delta, Kerajaan bermudah mudah benarkan aktiviti rentas Negeri dan Daerah.. Sapa punya angkara ? Sudah tentu PM hari ini.. 🙂

Ipohmali

Sumber: Ahmad Muslim Badawi Badawi