Gempar!! Presiden Umno hadir mesyuarat khas Umno Perak

Gempar!! Presiden Umno hadir mesyuarat khas Umno Perak

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba sekitar jam 8.12 malam di Bangunan UMNO Perak di sini bagi menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad dijadual bermula jam 9 malam.

Turut hadir bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz; Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman serta kepimpinan UMNO Negeri Perak.

Hampir 50 petugas daripada pelbagai agensi media, berkampung di Bangunan UMNO untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Sumber: https://www.suaraperak.com/zahid-nazri-hadir-mesyuarat-khas-umno-perak/