Gempar! Bekas Pengerusi Prasarana ditahan SPRM

Gempar! Bekas Pengerusi Prasarana ditahan SPRM

Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa.

Sumber Harian Metro ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM, semalam.

Menurutnya, Tajuddin hadir bagi memberi keterangan berhubung siasatan menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan di dalam Prasarana.

“Tajuddin bagaimanpun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Kelmarin, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penamatan perkhidmatan itu sudah dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – HM